Sunday, October 13, 2013

amin

ya allah..biarlah perubahan itu kekal.amin

Wednesday, October 9, 2013

ceria2 baru orang lain pun ceria kan..dingdong-key

Hidup mesti nak ceria..so bile orang lain tengok..dorang pn jd ceria..bru seronok kan.. :)


Itulah sebabnya, walaupun sedih tapi macam tak tahu nak cakap macam mana sebab kita da biasa da bukan jenis yang meluahkan perasaan..tau2 je dah nangis..hee..bahaya betul. so selalunya kalo nak cover up..tengok la movie yang sedih2..baru puas nangis without orang notis pe yang sebenarnya yang tengah kacau..uhuk..


hey dak exam..study betul2..chayok2..kita rasa die kol sebab nak checkout kita macam mana yea? tak pandaila..**mandai2 je kita..ntah2 perasan sendiri..dushhh**kita ni pelakon yang sejati..hehek.kalo orang kol padahal tengah tido..memang suara jadi macam orang dah mandi..padahal mata tengah pejam..hushh..praktis lama sangat dah tu..hehe ;D


tapi..tapikan..bab2 perasaan yang hepi2 nie kan..kt memang suke share..seronok kan..kalau sedih2 tu..yelah..orang lain tengah happy..tak kan kita nak rosakkan mood die..or..orang tengah khusyuk belajar..kita tak mahu lah serabut kan dia..tapi nak cakap tak pandai..so kita luahkan jela kat dalam ni..



nyte..**xsuke farid kamil! BENCI!! sebab watak dia dalam Jodoh Itu Milik Kita. Ingat!! perempuan tu bukan barang dan perempuan tu bukan mesin. Campak dan buang bila awak ada masalah. Dan kutip bila awak selesa. Pasal diri sendiri anak angkat pun awak sanggup buang isteri awak padahal isteri awak tak kisah pun status..yang dia sayangkan ialah AWAK!! Luahkan apa yang mengganggu andai itu dapat memperbaiki hubungan sesama suami isteri..**

Tuesday, October 8, 2013

binggung, excited, rindu..haha..owh and tenkiu :)

assalamualaikum cikgu..


life...apa ni? lets restart balik..okei2..hari ni da macam binggung xkeruan je. then baru faham something..


hidup ni tak akan bermakna jika kita tak tahu nak buat apa. tak gerak2 kemana. and..life jugak kalau dah terover busy pun xbermakna jugak sebab badan kita semua ada limit. bila dah terlebih limit die akan shutdown!


and now..i am in the middle almost nk shutdown tapi terus tukar blur gile2..mampoi..heheh..wake up dear..tadi dah tengok hasil sistem 3d korang yang korang dah keletihan gila tu..just like a pro..cantik kan..?sistem tu appear just like kartun 3d..menakjubkan..tak sangka orang yang langsunh xada knowledge ni dapat buat as beautiful as that. well..still kena banyak improve..*komen pada diri sendiri*


itulah hormon perempuan. pelik. mood xdapat difahami..letih sudah. haha owh well..itulah kesuburan. sabar yea wahai lelaki kena melayan perempuan punya mood pelik ni..tanpa kami..korang tak akan mampu dapatkan zuriat.heheh. anyway maseh jugak sebab sanggup melayan je..


sok..miss gossip univers xada..bosannye!!!wahai miss wani dear..ko wat aq gelak..sila cepat balik..aq rindu gosip ko ni..heheh.. ;P


till next time..toodles..

Thursday, October 3, 2013

ting tooonnnggg

malam nie aq da macam ting tong da..bukan tak ada kerja, ada je..tapi still nak duduk2 lepak2..urgh..


malam nie jugak la dok berangan itu ini..seronok tengok dorang..tetibe mase tu jugak la nak jadikan dorg role model..harap2 berjaya and bahagia macam dorang..amin!! Untuk malam nie je dah berapa orang ntah jadi role model..heheh


malam nie jugak la tetibe nak terasa sepi..owh macam ni rupanya hidup single. senyap je hp tuh. **okei okei..sebarang mesej or call dari peminat-peminat kalau boleh tak payah la. aq bukan artis nak keep on dapat mesej tak henti2. but anyway terima kasih. jasamu dihargai tapi rasanya cukup la setakat ini.


**terasa nak kahwin la..percepatkanlah jumpa jodoh..amin!! =D

Wednesday, October 2, 2013

Seronok Membebel Tengah Malam

Selamat malam..


hari ni rasanya nak membebel kejap. and ada la termasuk isu jantina ni..harap ini semua jadikan pengajaran.



Itulah Sang Lelaki. Letih nak melayan. Kita ni haa punyalah berdoa dia lah yang satu tapi die tu plak macam melayan tapi tiba-tiba tolak ke tepi. Ingat kita ni barang ke?


Wahai awak disana, jika mahu cakap mahu. Jika tak mahu terus cakap tak mahu terus. Walaupun awak disana tak pasti, entahlah..kita pun tak pasti siapakah jodoh kita..yang hanya kita mampu..berdoa je.


Kami semua ada tahapnya untuk sesuatu. Jangan sampai awak terlepas apa yang sebenarnya awak mahu.


YUP! saya mahu kahwin and ada family sendiri ada anak sendiri..dan saya sanggup je nak tunggu..tapi biarlah apa yang kita tunggu tu kita sendiri yakin penantian kita tu bermakna. Walaupun awak yang saya mahu..tapi kalau kejap kena tolak tepi..kejap macam ok..penatlah..


Pesanan untuk sesiapa yang membaca.. andai awak macam tahu apa yang awak mahu or lagi bagus kalau awak yakin apa yang awak mahu..Janganlah nak main2 tarik tali.. **sebab macam mainkan perasaan orang.**



MOOD: urggghhhh...tolonglah mengerti wahai lelaki..

Tuesday, September 17, 2013

a b c d e f g....


Lama dah tak menconteng sticky note..

Till then, fafa

Monday, September 9, 2013

amin amin amin ;)

selamat malam. sebelum tido sempat post. hee


biasalah kehidupan kn..tak selalu cerah. and hari ini..after berminggu-minggu survey sana sini..sekarang dapat pun susun strategi. seyes xsaba nak mulakan. amin..harap dipermudahkan segalanya.


psstt..saya bangga dengan diri saya sendiri. kalo bkn dri sdr siapa lagi. betul? hee..be proud of who u are and u will be proud of your life.....conclusionnye..just be yourself. walau badai melanda..pasti ada hikmahnya :)

Saturday, September 7, 2013

semangat.hee

selamat malam..


oraite today have been a long day. tapi papepun dapat banyak semangat.


1- lepas pegi pembukaan butik abang kawan kita..ya allah rasa semangat nak ada butik sendiri. yess..i dont have my own brand lagi but i will working on it. tapi untuk permulaan ni..just jualkan barang daripada kilang je. i.a..nt kt pusingkan modal banyak2. amin.


2- i follow this 1 person kat my business insta. n she really inspiring me sebab die pun starter as business online je and now..she is making a fashion show kat france sne. OMG!! itulah rezeki namanya.


anyway..i love everything that ever happen to me now. everything seems a little brighter. alhamdulillah. apa yang kita buat dulu hanyalah nak dapatkan experience and just to skips breathe a while from things that i do. sebab tula buat bisness online ni. and now..i am looking forward to being a successful women. bila kita dapat rasa duit titik peluh sendiri ni..rasanya sangat puas hatikan. owh n yess..dont look org berbisnes ni kaya. sebenarnya tak pun. sebab xkaya ni la we are looking forward. dan kami pun kene rempuh susah senang beniaga ni. ada kala naik..ada kala turun. tapi apa yg kt buat..just gamble je. dengan harapan rezeki xakan lari selagi berusaha.


terima kasih pada semua yang memberi sokongan. terima kasih jugak dekat si dak itam sebab xlupakan kt ble ad free time training..hee..


till then, fafa

Sunday, September 1, 2013

:)




Sesungguhnya, 
aku bertawakal kepada mu,
kehidupan ku, 
kebahagian ku, 
kerjaya ku, 
jodohku,
di dunia,
dan di akhirat.

AMIN...



Saturday, August 31, 2013

Bawalah Aku Pergi Jauh

assalamualaikum..


gilakan? sekarang tengah musim mental and moral down gile. terasa macam semua benda yang kita buat tak jadi. ya allah sedihnye hanya tuhan je yang tahu.


punya lah kumpul cuti sebab nak cuti dengan family sebelum habis contract. nanti da habis contract cuti burn. tapi cuti ni kena freeze plak sebab dah nak deliver fasa 1. tiket burn. en.zul nak bagi cuti tapi bos besa yang tak kasik.


outstation. seronoknya dapat pergi outstation. walaupun cuti freeze tp outstation tu bolehla di kira cuti jugak. seronok jugak. tapi PM xkasik pulak dah. yang laki sume p heret gonh kedak then tinggal la aku sengsorang ni. alkisahnya..sebab aku perempuan. bajet tinggi bila kena tempah bilik lagi satu. kalo laki..sharing katil is caring. aku hanya mampu senyum sinis giler dah ni. 


so, then aku lah sengsorang designer kat HQ. bosan giler. aku bajet besday kali ni enjoy la skit. family aku pun xad kat sini. orang yang aku harapkan pun xad. rakan se-designer pun pegi duk jauh2 sane. yang tinggal kawan aku sume yang bz nak deliver kerja n jugak yang tengah bz layan anak.


balik rumah kosong. pergi ofis kosong. fuhh!! stress weyh.. macam cakap ngan batu je..awk yang tengah training tu..its ok.kt faham. awak pun dah bagitau awal2 kan..tapi yang jadi sentap kepala terus mereng ni la..benda yang sume da plan baik..tetebe sume xmenjadi.. ya allah..serius sangat. tolong la bawak aku pergi jauh2 untuk sementara waktu..

Tuesday, August 27, 2013

14 pills

okai..read this!!

14 pills a day. mak aihh..pe yang banyak sangat ni? tekejut mak tau tgk kat kaunter bg banyak sgt ubat. macam sakit teruj je. risau plak dri ni..heheh

eyh2 cop jgn slh fhm tau.i said a day! sehari mkn 2 kli so total ubat stakat 7 jenis je..tp utk demam..asenye maximum dapat pn setakat 5 pills.tp sllunye macan 3. okai wateva. i need a rest.papai. kepala..sila jangan pikir bisnes buat masa ni yup :)

mc. amin!

selamat pagi..


nak mengadu ni..hehehe... "dok..cepatlah skit..dah tak tahan tahap dewa da ni. tisu yang ada sume da habis aq cekop. puasa arini pun macam batal je..uu..tak tahan. harap2 dapat mc. amin :) "


p/s:baru ingat nak update stok untuk COD untuk minggu ni. tapi kena p kuantan la plak. cian COD i..tak apa.kalo la blh buat COD kat kuantan..memang aq rembat je. teehee.


till next time,fafa

Monday, August 26, 2013

Melodramatic Kills!!! =)

its Melodramatic Kills!!wuuuu....~




And this is the best cover i ever heard so far, for this song...



How best is this song? I put it as my ringtone..gila mendayu.. =))) **ELLIE GOULDING - BURN**

Sunday, August 18, 2013

My First Magazine, DONE!

assalamualaikum..weehee



last post cakap nak buat majalah kn..so hooreyy to me!!majalah tu dah siap! tinggal nak upload dalam server and you can download cam tu je..TERBAIK!!!


Mood: suke suke suke suke..hehe *IN LOVE GILA-GILA*


This is the cover of the magazine.

Nanti, i will put a link for you guys to download okai..


Till then, fafa.

Saturday, August 17, 2013

nite

assalamualaikum :)


hee..hey..terima kasih jawab soalan kita. a little bit blush..heheh..nite (:

Thursday, August 15, 2013

Satu Saat Nanti

Selamat tengahari lagi..


tengahari lagi lagi hari jumaat..rehat panjang skit..so saja la surf2 internet..and suddenly jumpa satu gambar nie..owh..so kiutt!! saya suka kan nya =) and..itu jugalah diri saya..heheh =P



dan juga untuk peringatan diri sendiri. "Jaga IMAN yer". I remember that.

Ding Dong..hushh sape kat depan pintu??

Selamat hari jumaat (:




Ding Dong..hushh sape kat depan pintu??heheh


Oraite2 so now..ntahla..tengah addict of menulis and posting and try something new kot..


and suddenly rasa, nak share some tips of fashion..so..nanti dah siap i will share it to my page


Don't worry, it just brapa helai pages je and a lots of gambar. The tips that i am going to share is fashion awet mude gitu haa..the tips that i put on yo myself sendiri. So, yup..enjoy (:

Love What You Have... I Love My Mummy *KISSES!!*

BryanLimTV moment again...


Love What You Have... I Love My Mummy *KISSES!!*

Till then, fafa.

Dont Lose Hope

Hyep again, yeah..again this post im sharing video from the same production. (:


The more you try, u might have the chances that u want and like. Don't Lose Hope *LOVE*

Till then, fafa

Wednesday, August 14, 2013

(= HOPE IS NEVER END =)


Hyep, ive been..ntahla..banyak kerjanya tapi rasa nk chill kejap and i found this vid. Let's watch :)




So, yup..dont be so drop down..cause u never know what u gonna find at the next stage. till then, just be happy n there will be someone who is looking forward to u. HOPE IS NEVER END.


Till then, fafa.

Seminggu Sebelum

Selamat pagi lagi sekali =)


Ni patutnya post before the last post..tak kira lah..nak post jugak :p



So, here we are..seminggu before balik Kedah kami balik Johor dulu. Sejak cuma tinggal kaum geguls je..kami rasa tenang dan lebih seronok.


1- Balik-balik terus lepak pantai. Dekat je kampung nenek belah mak.. Ni la perangai adik beradik..kepoh, gila kamera (sambil wat gaya rokers..wahh!!)..heheh *lub u lah semua

2- Dalama dah nampak, tapi baru sekarang nak tangkap. Kampung kita nie haa ada shell tau..korang ada?? Menarik tu, die guna shell tu jadi kan lampu penanda rumah. *Great idea. THUMBS UP!!



Till the next time, fafa =)

Inilah Cerita Kami

Selamat pagi guru besar =)



Lama dah tak menulis. Tak apa, sekarang dah baik demam, i owe u karangan yang panjang berjeler. Haa..sila bersedia untuk baca =)


Raya tahun ni, raya merantau, tumpang rumah orang and berkenalan dengan budaya dorang. Well, merantau tu tak adalah sampai over-the-sea, Kedah je pun..but boleh la nak dikatakan merantau jugak. Kampung nenek kat Johor tapi beraya kat Kedah..so, boleh la diterima kan3??hehehe =P


*Penatlah nak tulis..kita simplifykan..oraite

1- Sampai-sampai terus singgah Bazar Ramadhan dekat stadium. Kami beli laksa Kedah. Specialty dia, serbuk cili yang warna oren tu (cili giling, kelapa & garam) and 2 cili hidup. fuhh!!meletop. Letak serbuk cili tu lagi banyak, lagi sedap..nyum3..lapa pulak..


2- Kuih Tepung Talam RM 1.20 sepotong. Mak aii mahalnya!! But hey, as they were speaking, they uses the actual ingredients and it just taste right!! tapi sayang, ramai sangat yang beratur, tak sempat nak rasa. 

Ada lagi, Teh Bunga Berlebah. Teh bunga yang dicampur dengan lebah madu asli. Seyes asli, dalam air pun ada lebah. TAKOT kan..agakla..tapi dorang cakap, lebah tu memang untuk dimakan sekali, ada PROTEIN. okai, siapa berani makan? angkat tangan...


3- Kak kiyah, sempat berposing before balik dari stadium..wuut wutt


4- The next day, sempat jugak lawat rumah mahathir tapi separuh sebab dah tutup. Tak apa, nanti lain kali kita datang lagi ok.


5- Kami sempat lawat Masjid Al-Bukhari. Dalam masjid nie cantik!! Korang wajib datang tengok dalam masjid dia. Unik!. and yang paling unik is..ada pokok Kurma sepanjang jalan nak ke masjid. Menarik kan??



6- Dah raya!! Kami punya task masak kuah lodeh. Iye, lodeh je pun..but hey, diaorang nak rasa masakan orang Johor. So kami persembahkan yang ini. Pakcik Makcik yang datang beraya semua kata sedap meletops letops tau. Bukak kedai sangat laku..uhuk..blush sebentar kita kat situ dengar..weehee =))))


7-  Kami dari hari pertama, duk beraya sampai ke larut malam. Penat, tapi seronok dapat kenal dengan budaya orang. Best!!


 8- Gambar penutup raya kami disini. wut wut.. Hey, makcik kepada pakcik kepada pakcik ntah berapa pakcik ntah, is abang ipar ustazah bahiyah! Excited!! Muka abg ipar die sama dengan laki ustazah cuma yelah, berumur skit. Perangai pun nak serupa. Tapi ustazah tak ada malam tu. Tak apa, lain kali bila jumpa, nak tangkap gambar dengan dia banyak2. *LOVE*


9- Ni pun kat perkarangan rumah dia. Kami seronok dok main game. Ntah macam-macam mainan kita orang main. Siapa menang dapat duit raya. Mana tak makin seronok. Last event main mercun ramai-ramai pukul 2 pagi. Haa..ngantoks ngantoks pun masih nak gelak2. Seronok la kenali life orang lain =)



So as conclusion, lepas nie nak beraya rumah makcik kepada makcik kepada makcik. Nak kenal kasik rapat. Seronok bila dapat rasa pengalaman kat negeri lain, budaya lain, bahasa lain. Selagi usia masih muda, kita kena banyak jalan-jalan. Nanti dah tua, walaupun tak larat..nak jalan jugak. Tak kira..weehee 


**Sedih??sedih tu apa??haha..sekarang nie dalam kamus cuma ada HAPPY WORDS. mwuuuaaahhh. sayang suma yang ada dalam hati**


Till then, fafa.

Monday, August 5, 2013

oo..yeahhh!!i did it..korang?

salam,


kenal ketupat palas??owh gila kaw..faveret makanan tuh..tapi buat nya tak pandai tau tunjuk je. hehe


tapi tadi before keluar sempat la juga buat and berjaya buat that is the most important thing..wehee!! hey uolllsss..i da berjaya ok. tapi tak sempat pulak nak tangkap gambar. mr.dadie da bising suruh gerak.. aihh die tuh memang jenis tak penyabar orangnya. sume nak pressure.


pastu da kena naik kereta bersama mereka yang lain. haa terus kuncup sume orang dalam kereta ni. kalo naik kereta bersama gegul yang ada as before..kompem dalan kete kecoh!


anyway and anyhow..just nk kecoh2 dalam post ni je yang kita da pandai buat ketupat palas! and i am superb excited.


till then,fafa.

Sunday, August 4, 2013

kata-kata hari ini: episod 2

selamat malam..


"nanti singgah stesen minyak.nak beli air"
"tak boleh.awak da lambat!"


tadi demand pasal had laju. sekarang salahkan kita lagi sebab lambat. rasanya dia yang minta pit stop.


kata-kata hari ini:
kita nak drive jangan tension2.. biarkan je orang lain yang tension kan tuk kita sebab bila dia ada kat tempat kita..dia pun akan berhenti jugak bila dia rasa nak berhenti. JANGAN TENSION2 NANTI CEPAT MATI DARAH TINGGI :p


till then, love fafa.

kata-kata hari ini:episod 1

selamat berbuka..


"100km/h dikata perlahan sangat. 110-120km/h dikata terlalu laju. tapi disuruh sila bawa 120km/h..nanti lambat smp..dan juga diberi amaran..jangan bawa lbh 120km/h, nanti kena saman". 


mana satu nak ikut ni??pening la melayan karenah orang.. =.="!


maka..kata-kata hari ini:
*buat apa yang kita tahu buat. jangan asyik nak cuba pleased orang..kalo xnt..kt yang penimg sdr. INGAT..HIDUP KENALAH HAPPY SELALU.. ♡


till then, love fafa




Tuesday, July 30, 2013

Bee Doo Bee Doo *MINNIONS*

Selamat Pagi Cikgu!!hee


Ini adalah rentetan dari post sebelum ni..wahhh!!
*********tapi tak tahu nak tulis macam mana.. =P




Ntah macam mana, kita berkenalan, kenal terapat pulak..erkk...
and hey, saya suka awak..*ooppsss!
Tapi sekarang masing-masing menjaga perasaan..
Yela, saya sendiri pun da tak mahu la asyik tak menjadi je...
Berharap jumpa terusla menjadi kekal sampai akhir hayat =)

Sejak dari mula, saya hanya mampu berdoa...
Andai kamulah jodohku, dekatkan lah, permudahkan lah...
Dan seandainya bukan, jauhkan lah...
Sesungguhnya aku menyukai kamu.

Buatlah kamu solat istkhirah..
Andai kamu temui jawapannya, beritahulah...
Mungkin jawapannya tidak
Tak mengapa, saya mampu terimanya..
Kerana apa yang saya dapat dengan solat itu
Hanyalah...
Lebih dekatkan diri dengan Sang Pencipta, dan saya akan peroleh apa yang saya mahu
Dan saya tahu..itulah yang terbaik =)


Salam sayang dari saya, Fatimah Zulkifly

Bila ia terhenti

Assalamualaikum, 


Lama dah menyepi kan kan?? Banyak jugak yang berlaku.. dan banyak jugak yang terlepas. Dalam waktu tu jugak, ada happy, ada sedih, ada jugak la buat kita termenung seketika..hee


Cinta lepas kahwin sangatlah digalakkan..betul? betul. saya pun setuju. Payah sangat bila bercinta dan akhirnya tak jadi rasa macam..Tapi bila cinta itu menjadi..seronok!! siapa yang tak seronok. btul? hee


Kenalilah hati budi dia sedalam-dalamnya sebelum melangkah ke fasa baru. Kerana itulah yang akan menjadi peneman hidup sehingga ke akhir hayat. 


Bila perhubungan itu terhenti akibat ketidak fahaman antara satu sama lain..kebanyakkan perpisahan tu agak tak berapa nak baik la kan..dan sayang yang berputik terus hilang. *cepatnya hilangkan..nak menabur bukan main payah*


Dan bila perhubungan itu terhenti akibat kerjaya, senang kata komitmen masing-masing, mereka hanya merelakan.


Juga bila perhubungan tu terhenti akibat keluarga..ada yang buat kerja gila, dan ada yang balik menonggeng dan tertonggeng. Sebab selalunya kita memang da serius, tapi restu family itu lebih diutamakan. 


Dan akhir sekali, bila perhubungan itu terhenti kerana Allah, kita hanya mampu menangis dalam pasrah. Sesungguhnya memang itulah yang terbaik. Perbaiki diri yang ada, insyaallah kita akan dapat apa yang kita mahu..amin..


*bulan ramadhan kena tambahkan lagi baca doa-doa harian jugak yea =)*

Monday, July 15, 2013

...

....


Duhai hati..heheh..funny la ble guna ayat ala2 puitis nie..ayoo


resahnya tak ada siapa tahu
tapi macam biasa lah..
tabahkan je hati nie..
kena kuat semangat walau bagai mengetahui apa yang bakal berlaku..takot..


Ya allah..berikan diri ini semangat
tabahkan la hati ku
dalam menempuhi segala dugaan..
amin...

Thursday, July 11, 2013

Selamat selamat =)

Selamat selamat =)




Puasa udah arinya yang ke3..apa perasaannya? emangnya kelesuan? kepenatan? jangan bimbang dong.. kasik aja siap kerjanya terus kamu ngak perasan. tau-tau aja trus buka gituh..waduh-waduh..emangnya sonok juga rasanya ya berbahasa indonesia.. =)


Betul la tiada siapa tahu jodoh kita dengan siapa. To Iffatul Hanisa...amboi ekau da tunang senyop ja tau-tau da nak kahwin!!tahniah!!mesti da xsaba da tu..tesengeh je tengok kalender..aceceh..hehe


Semoga bahagia sampai ke akhir hayat awaknya =)

Tuesday, June 18, 2013

Wahai Kamu

Wahai Kamu...




Saya nak bagitau skit nie..


Saya suka kamu!


Sebab saya suka agamu kamu...


dan saya suka cara kamu berfikir...


Sebab tu saya suka kamu :)





Kamu suka saya jugak??


*Dan adakah saya keterlaluan kalau saya mahukan awak jadi teman hidup saya sehingga akhirat?*

Monday, June 17, 2013

Tahniah!!!

Semoga diberikan keselamatan atasmu, dan rahmat Allah serta 
berkah-Nya juga kepadamu... =)





First week..i am beautiful like a princess with eyelashes and eye shadow; complete make-up office look.. 

Second week..is the weakest..my emotional are turns up and down..

Third week..i came back..but with a simple look but still tehuyung hayang..haha..senget..




Alhamdulillah for those yang dah nak kahwin dan yang dah kahwin dan yang paling best..yang dah pun lengkap jadi satu famili.. semoga kekal bahagia sehingga ke akhirat. amin =)



Seronok kan bila kita dah ada tempat mengadu kasih. Dan lagi seronok bila kita terus jumpa jodoh kita yang kekal sehingga akhir hayat. 



To Umi Iffah, Afiqah (pika), Azie, Zetty, Nabila(Bell), Ekram, Nana, k.Wanie, dan sume kawan-kawan kita yang kita terlupa jap wat ms skrg..Selamat Pengantin Baru..Saje wish korg awal 4 -6 bulan takot nanti telupe..heheh..


And tuk yaya, zanira(hepa), izzati(k.tie), syakila, ain(aien fly), hmm..sape lg ea??lupe la.. Selamat dapat baby baru pelengkap keluarga..tahniah!!!



Mereka semua itu sebaya saya..kecuali 2 3 orang je tua setahun dua dari saya.. Jodoh dah dekat kan..Korang!!doakan tuk kita gak..kita pun mahu... =)








Wahai pemilik diri, Fatimah Zulkifly...bersabarlah menanti jodoh kamu..okei.   i.a ^_____^v


Selamat petang sekali lagi, 





this is my second post pada hari ini :) *its kitkat time..
meyh sini saya brief sikit mengenai diri saya...


*saya tak pandai nak meng-interpret apa yang ada dalam fikiran orang lain.
    - Jadi, sila lah bagitau apa yang awk rasa or nak sy tolong or anything.


*saya tak pandai nak bagitau saya tengah sedih..sebab saya tak suka nak tunjuk betapa lemahnya saya ketika itu..
   - Tapi bila saya bagitau, maknanya saya terlalu sedih dan secara metaforanya..dapatlah satu baldi air mata..heheh =p


*saya seorang pemalu..heheh..*for those yg kenal mst gelak sdr kan..* but that is me. Sy pretend untuk tidak malu..haha *blush*


*dan saya seorang yang mahukan kepastian. Dari keputusan disekeliling kita semua sehingga lah ke sesuatu hubungan.
      -  Sebab saya mahukan semuanya kekal lama. Bila ada kepastian, jujurnya, saya akan rasa selamat. Dan itulah yang akan kekal.


*akhir sekali, saya cakap apa yang saya fikir dan rasa. Dan bila saya kata saya suka kan awak..maknanya saya sukakan awak :)
       -   Tapi jika saya hanya disebelah pihak, berterus teranglah dan janganlah memberi harapan. *walaupun awak nak jaga hati..lagi makin nak menjaga hati..sebenarnya awak lagi melukan mana-mana hati* 



itulah diri saya.  =)

Psikologi Hari Isnin

Selamat Petang Semua,



Psikologi hari ini, manusia..di luar lain dan bila di dalam lain. Hmm..ayat agak mengkompiuskan kan..hee..



Kita selalu dengar, lelaki suka bercakap nak kahwin lebih tapi sebenarnya tak terdetik pun. Perbualan itu hanyalah perbualan kosong semata. Dan mereka yang mendiamkan diri tulah yang berbahaya.


Itulah yang jadi masalah pada kami, perempuan. Siapa yang mahu dimadukan..betul? dan kami bersifat, apa yang kami luahkan itu lah apa yang kami mahu dan itulah perasaan sebenarnya. Dan bila mereka sang jejaka bercakap, agak teguris jugak. hmm..macam mana?


Bak kata k. ida..itu lah psikologinya. bila dekat ofis tu nampak garang semacam, bila dekat rumah terus senyap. So..mana kita nak tahu perangai sebenar lelaki tu?

Wednesday, June 5, 2013

"Saya ok..Saya dah BESA"

Salam,


Perasaan hati ingin berbicara..cewahh..hee =D


Dulu saya masih budak-budak. Saya tahu seronok je.. Jatuh tu biasa la. "Saya ok..Saya dah BESA"


Kerana saya dah besa lah..saya kini dah tak main-main dah :)


Walau apapun yang berlaku, Agama tetap yang pertama. dan Agama yang akan membuat kita tersenyum....


Sekian.

Tuesday, May 28, 2013

Past and Present

Assalamualaikum, 



People do change. And the path they choose is the path that makes them happy. Either it is bad or good in other's people point of view, they always have the good part at one side. Apa yang penting, is how they look like now with the path they've choose.



Yes, it is easy to say. But, will you accept me of who i am now? and accept my past?



I've looked at me in the past. So much things had happened. There's a time i've became the person i hate it myself. Even so, I can't change my past but I am changing for greater good now. Saya tahu, orang yang paling gembira is my mom. Thanks mom. Mak tak pernah putus-putus nasihat dan doakan untuk kita kan mak..Kita rindu mak..Kita rindu mak sangat-sangat. Mak jaga diri tau. Minggu ni kita nak balik daa. Sayang mak =)

Monday, May 27, 2013

Love You and Thank You

The past year, is been tough for us. But we made it. Broken family is never been easy..





She's been inspiring to me. I love her so much. And her "Draw My Life" makes me wanna cry. 



She is right. She had a sad story back then, but it made them stronger than before. Now, her life is amazing. And that is what i feel now. After everything that happened, i am....happier.



Thanks to my mom for being the greatest mom ever. My sis for being to cute to me and to this one special person, thank you..for being understanding. 



To all that matters to me, Love You and Thank You.. =)

Friday, May 24, 2013

Makanan Sihat Ketika Period/Haid

Assalamualaikum...


Topik hari ni ialah makanan ketika PERIOD..psss..ini tips untuk para wanita disana :)




Bila kita period, kita akan  kehilangan banyak zat besi  dalam badan dan menyebabkan kita akan mudah rasa penat. Oleh itu, disarankan ketika datang bulan, banyakkan makan makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi. Carta dibawah menunjukkan senarai makanan yang mengandungi zat besi.

Sumber: http://litupkuning.blogspot.com/2010/12/zat-besi.html

Walaupun begitu, terdapat beberapa makanan yang menghalang penyerapan zat besi ke dalam badan. Teh, Kopi dan Susu dan Hasil Tenusu. Minuman-minuman seperti ini perlulah diminum selepas 2 jam waktu makan. 



Kandungan magnesium dalam badan pun berkurangan dan ini menyebabkan kita akan berasa lapar. Keadaan ini akan mengalakkan kita makan mengikut nafsu dan akhirnya, kita pening kepala berat badan naik


Secara konklusinya, ketika kita period, banyakkan makan-makanan yang tinggi dengan zat besi untuk menggantikan kandungan darah yang telah keluar. Sangatlah diELAKkan makan jeruk, asam, air bikarbonat dan yang seangkatan dengannya kerana ia akan mengurangkan lagi kandungan zat besi.



P/S: Sayangilah diri anda sebagai seorang wanita kerana wanita itu sangat berharga

Thursday, May 23, 2013

Dear my men..


you will be a great men...
when you find a great women..




and you will find a great women...
when you loved your women...




same goes to you...women...




you will be outstanding women...
when you always by his side...
and make your men the greatest men you ever have.. ♡

Friday, May 17, 2013

Janji dan Harapan Mu

Janji...satu perkataan yang amat berat dan sebaiknya ia perlulah dikotakan.




Harapan...perkataan yang mampu membuatkan orang mencuba untuk tersenyum walaupun di lubuk hati tersimpan perasaan yang gelisah.




Jangan terlalu mudah untuk berjanji kelak akan memakan diri. Janganlah pula memberi harapan palsu andai tahu kamu tidak mampu.




Kamu rasa bersalah dan kamu mahu memujuk. Dengan mudahnya kamu mengungkap kata-kata yang memberi makna kepada si pendengar. Dengan mudah itu juga kamu mendapat kebencian lebih dari sebelumnya.




Wahai kamu disana, hentikan segala kelakuan ini. Tidak mungkin akan dapat lupakan segala yang terjadi. Harapan-harapan palsumu, janji-janji manismu, semuanya dusta. Dan kini ia bagaikan daun kering yang berterbangan; tiada nyawa. Nyawanya kini telah dicabuli oleh sang pengungkap kata seperti kamu.




Sedarlah diri...............sebelum kami tidak lagi dipihak kamu....dan ia untuk selamanya.

Sunday, April 28, 2013

Cerita Di Pagi Hari (:

kruk-kruk u'olls..


haha ada-ada je kan bunyi-bunyi pelik.. ini semua hasil dari berkawan dengan seorang insan bernama Nur Izzati Sadali!! hey budak..aku rindu kaw!! jom pegi penang jumpa Cap!!


tak tahu la nak rasa apa..after 2 weeks kerja macam main-main then suddenly kena report duty dekat ofis rasa awkward.. plus i am wearing a red jeans in the office now. mesti macam..apalah perempuan ni..sasuke ati dia je bergaya non-office look..pffftt..haha.. chill bebeh.. im rocking here. after lunch kena pergi obesea lagi.. "obesi la sangat kan..naik kereta sekangkang kera je pun".. 




anyway bebeh..im glad im home. this is who i am and this is my story. -end-




[x0x0: fafa]

Award For Me

assalamualaikum!!


hidup kena happy..barulah diri kita sendiri puas hati. setuju? saya setuju!!


so, after 2 weeks everything based on ikan, i am craving big meal based on meat or chicken. like seriously..


so my plan semalam i just drove to seksyen 20 just to get street burger. i just dont know why i did that macam la tak ada street burger dekat-dekat sini kan.. maybe sebab abang buat burger tu so teliti and so kemas. mayo die tak akan melempah keluar walaupun minta extra mayo.. and that meat.. just nyummy!!

muka excited dapat daging..haha :p


but my luck semalam is not like i expected.. abang burger baru yang buat. xsama. but who cares. my aim to get a burger and eat other than fish is DONE (:



suka spritzer sebab botol dia ada icon cumel..haha macam budak2 je kita ni


lepas gila kenyang and gila puas plus really gila happy..i drove back to pyramid just to get a massage. AWESOMENESS!!


everything works well and the MOST IMPORTANT thing was..i got myself an award.

Sunday, April 21, 2013

Let's Play Code..

hey lets play code. its been a while seen i was a kid. ada banyak jenis code yang kita masa budak2 main..


1- each alphabet have its own number

A  B  C  D  E  F
1   2   3  4   5  6

2- each alphabet have its own alphabet


A  B  C  D  E  F

Z  Y  X  W V  U

3- haa..yang ni feymes..bahasa huruf tu sendiri (bahasa F, M dan lain-lain). and i believe semua orang faham. lets start decrypt!!

mufukafa safayafa dahfah pafakaifai blusflusherfer sefebabfab manfandifi katfat pufulaufau perferhenfentifianfan..haha gafaringfing!!

Thursday, April 4, 2013

tick tock..i think..hee

hyep..hee


i just felt want to write but i dont know what to write. i have tons of emotions and cant really describe what is it but to sums up..i am truly happy!!


see you guys later. xoxo. fafatwink.


p/s: miss you

Sunday, March 31, 2013

Slim Slim Slim!!!

hey u'olls..


Guess what..I am in slimming process and everything that related to slimming is totally "cant take off my eyes". 

While resting at the corner of side table, i saw this one article on burn out calories in a daily life. and this is what i want to share with you guys..


Jumping around - burn up to 68 cal
Jogging - 62 cal
House chores - 34 cal
Dancing - 45 cal
SHOPPING - 22 cal
Using stairs - 36 cal
Stretching - 58 cal
Playing pingpong - 23 cal
Push-up - 45 cal
Cooking - 26 cal


P/s: I am a girl, my fav one obviously is shopping, then dancing..if only i have a partner to dance with..it would be a great romance.. *blush*

Thursday, March 28, 2013

Puisi Petang Hari




saya bukanlah ratu cantik malaysia
dan semestinya gadis melayu terakhir itu bukan diri saya
saya hanyalah seorang gadis biasa
yang punya perwatakan yang selamba



saya tak kurus dan saya tak berisi
saya tak rendah tapi saya memang tinggi
lagi-lagi bila pakai heels 5 inci
nak buat macam mana sebab itulah kegemaran diri ini



saya tak peduli apa orang nak kata
sebab yang saya tahu saya tetap comel macam mereka
umur pula lagi terbukti nyata
bila orang tanya saya masih budak 16 tahun itulah yang saya bagitau meraka



saya tahu saya kadang-kadang perasan sendiri
dan saya ingat cuma saya sorang je macam gini
tak sangka ada jugak orang yang serupa perasan macam ni
lagilah saya terkejut beruk bila tengok dia tu lelaki



pantang betul bila ada orang puji dia cumel hensem gagah perkasa
terus muka berubah jadi merah macam saga
tapi nak buat macam mana
itulah yang best kalau nak kacau dia



rupa bukan yang utama
tapi hati budi dan pemikiran yang melengkapkan segalanya
saya suka awak..erkk..directnya saya tulis kat sini bagi awak baca
agak2 apa respon awak bila saya cakap saya rindu awak gila2?



haha..scary pulak tengok ayat pelik2
pedulikkan ayat yang tonggang terbalik
seronoknya tengok jam tak sabar nak balik
kalau awak rasa awak rindu saya awak kol la saya balik



xoxo, fafa

Friday, March 22, 2013

Mirrors

good morning dear readers.. =)


Justin Timberlake have come with a single hits song, Mirrors. Justin have pick a new tune for his comeback and its softer and smoother to hear. Awesome..




This song is written for his beloved wife. The bold lyrics shows the impression of his song.



[Verse 1]
And I can't help but notice
You reflect in this heart of mine
If you ever feel alone and
The glare makes me hard to find
Just know that I'm always
Parallel on the other side

[Bridge]
I can tell you there's no place we couldn't go
Just put your hand on the past
I'm here tryin' to pull you through
You just gotta be strong

[Chorus]
Cause I don't wanna lose you now
The vacancy that sat in my heart
Is a space that now you hold
Show me how to fight for now
And I'll tell you, baby, it was easy
Comin' back into you once I figured it out
You were right here all along
It's like you're my mirror
My mirror staring back at me
I couldn't get any bigger
With anyone else beside me

[Verse 2]
Aren't you somethin', an original
Cause it doesn't seem really as simple
And I can't help but stare, cause
I see truth somewhere in your eyes
I can't ever change without you
You reflect me, I love that about you
And if I could, I
Would look at us all the time

[Bridge]

[Chorus]

[Break]
I can see you lookin' back at me
Keep your eyes on me
Baby, keep your eyes on me

[Chorus 2x]


[Verse 3]
And I just wanna see your face light up since you put me on
So now I say goodbye to the old me, it's already gone
And I can't wait wait wait wait wait to get you home
Just to let you know, you are

[Chorus]

[Verse 4]
You're my reflection and all I see is you
My reflection, in everything I do

[Chorus]