Wednesday, August 14, 2013

Inilah Cerita Kami

Selamat pagi guru besar =)



Lama dah tak menulis. Tak apa, sekarang dah baik demam, i owe u karangan yang panjang berjeler. Haa..sila bersedia untuk baca =)


Raya tahun ni, raya merantau, tumpang rumah orang and berkenalan dengan budaya dorang. Well, merantau tu tak adalah sampai over-the-sea, Kedah je pun..but boleh la nak dikatakan merantau jugak. Kampung nenek kat Johor tapi beraya kat Kedah..so, boleh la diterima kan3??hehehe =P


*Penatlah nak tulis..kita simplifykan..oraite

1- Sampai-sampai terus singgah Bazar Ramadhan dekat stadium. Kami beli laksa Kedah. Specialty dia, serbuk cili yang warna oren tu (cili giling, kelapa & garam) and 2 cili hidup. fuhh!!meletop. Letak serbuk cili tu lagi banyak, lagi sedap..nyum3..lapa pulak..


2- Kuih Tepung Talam RM 1.20 sepotong. Mak aii mahalnya!! But hey, as they were speaking, they uses the actual ingredients and it just taste right!! tapi sayang, ramai sangat yang beratur, tak sempat nak rasa. 

Ada lagi, Teh Bunga Berlebah. Teh bunga yang dicampur dengan lebah madu asli. Seyes asli, dalam air pun ada lebah. TAKOT kan..agakla..tapi dorang cakap, lebah tu memang untuk dimakan sekali, ada PROTEIN. okai, siapa berani makan? angkat tangan...


3- Kak kiyah, sempat berposing before balik dari stadium..wuut wutt


4- The next day, sempat jugak lawat rumah mahathir tapi separuh sebab dah tutup. Tak apa, nanti lain kali kita datang lagi ok.


5- Kami sempat lawat Masjid Al-Bukhari. Dalam masjid nie cantik!! Korang wajib datang tengok dalam masjid dia. Unik!. and yang paling unik is..ada pokok Kurma sepanjang jalan nak ke masjid. Menarik kan??



6- Dah raya!! Kami punya task masak kuah lodeh. Iye, lodeh je pun..but hey, diaorang nak rasa masakan orang Johor. So kami persembahkan yang ini. Pakcik Makcik yang datang beraya semua kata sedap meletops letops tau. Bukak kedai sangat laku..uhuk..blush sebentar kita kat situ dengar..weehee =))))


7-  Kami dari hari pertama, duk beraya sampai ke larut malam. Penat, tapi seronok dapat kenal dengan budaya orang. Best!!


 8- Gambar penutup raya kami disini. wut wut.. Hey, makcik kepada pakcik kepada pakcik ntah berapa pakcik ntah, is abang ipar ustazah bahiyah! Excited!! Muka abg ipar die sama dengan laki ustazah cuma yelah, berumur skit. Perangai pun nak serupa. Tapi ustazah tak ada malam tu. Tak apa, lain kali bila jumpa, nak tangkap gambar dengan dia banyak2. *LOVE*


9- Ni pun kat perkarangan rumah dia. Kami seronok dok main game. Ntah macam-macam mainan kita orang main. Siapa menang dapat duit raya. Mana tak makin seronok. Last event main mercun ramai-ramai pukul 2 pagi. Haa..ngantoks ngantoks pun masih nak gelak2. Seronok la kenali life orang lain =)



So as conclusion, lepas nie nak beraya rumah makcik kepada makcik kepada makcik. Nak kenal kasik rapat. Seronok bila dapat rasa pengalaman kat negeri lain, budaya lain, bahasa lain. Selagi usia masih muda, kita kena banyak jalan-jalan. Nanti dah tua, walaupun tak larat..nak jalan jugak. Tak kira..weehee 


**Sedih??sedih tu apa??haha..sekarang nie dalam kamus cuma ada HAPPY WORDS. mwuuuaaahhh. sayang suma yang ada dalam hati**


Till then, fafa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.