Topik hari ni ialah makanan ketika PERIOD..psss..ini tips untuk para wanita disana :)
Bila kita period, kita akan kehilangan banyak zat besi dalam badan dan menyebabkan kita akan mudah rasa penat. Oleh itu, disarankan ketika datang bulan, banyakkan makan makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi. Carta dibawah menunjukkan senarai makanan yang mengandungi zat besi.
Sumber: http://litupkuning.blogspot.com/2010/12/zat-besi.html |
Walaupun begitu, terdapat beberapa makanan yang menghalang penyerapan zat besi ke dalam badan. Teh, Kopi dan Susu dan Hasil Tenusu. Minuman-minuman seperti ini perlulah diminum selepas 2 jam waktu makan.
Kandungan magnesium dalam badan pun berkurangan dan ini menyebabkan kita akan berasa lapar. Keadaan ini akan mengalakkan kita makan mengikut nafsu dan akhirnya, kita pening kepala berat badan naik.
Secara konklusinya, ketika kita period, banyakkan makan-makanan yang tinggi dengan zat besi untuk menggantikan kandungan darah yang telah keluar. Sangatlah diELAKkan makan jeruk, asam, air bikarbonat dan yang seangkatan dengannya kerana ia akan mengurangkan lagi kandungan zat besi.
P/S: Sayangilah diri anda sebagai seorang wanita kerana wanita itu sangat berharga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.