Tuesday, July 30, 2013

Bila ia terhenti

Assalamualaikum, 


Lama dah menyepi kan kan?? Banyak jugak yang berlaku.. dan banyak jugak yang terlepas. Dalam waktu tu jugak, ada happy, ada sedih, ada jugak la buat kita termenung seketika..hee


Cinta lepas kahwin sangatlah digalakkan..betul? betul. saya pun setuju. Payah sangat bila bercinta dan akhirnya tak jadi rasa macam..Tapi bila cinta itu menjadi..seronok!! siapa yang tak seronok. btul? hee


Kenalilah hati budi dia sedalam-dalamnya sebelum melangkah ke fasa baru. Kerana itulah yang akan menjadi peneman hidup sehingga ke akhir hayat. 


Bila perhubungan itu terhenti akibat ketidak fahaman antara satu sama lain..kebanyakkan perpisahan tu agak tak berapa nak baik la kan..dan sayang yang berputik terus hilang. *cepatnya hilangkan..nak menabur bukan main payah*


Dan bila perhubungan itu terhenti akibat kerjaya, senang kata komitmen masing-masing, mereka hanya merelakan.


Juga bila perhubungan tu terhenti akibat keluarga..ada yang buat kerja gila, dan ada yang balik menonggeng dan tertonggeng. Sebab selalunya kita memang da serius, tapi restu family itu lebih diutamakan. 


Dan akhir sekali, bila perhubungan itu terhenti kerana Allah, kita hanya mampu menangis dalam pasrah. Sesungguhnya memang itulah yang terbaik. Perbaiki diri yang ada, insyaallah kita akan dapat apa yang kita mahu..amin..


*bulan ramadhan kena tambahkan lagi baca doa-doa harian jugak yea =)*

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.