Wednesday, February 20, 2013

Tips: Menggembirakan hati lagi

Pernah tak rasa sunyi. Forever alone ke. Gila kan kalau rasa macam tu; serius rasa macam nak terjun gaung, panjat balik dan terjun lagi sekali. Tapi, relek; jangan buat kerja gila. Kau hidup hanya sekali kat dunia ni.






*dipetik dari blog tak ketahuan.

1. Luangkan masa dengan keluarga! Selagi ada ruang, peluang, lepak-lepak la dengan family. Banyakkan komunikasi.

2. Lepak dengan kawan-kawan rapat. Paling lekeh pun minum-minum kat kedai. Ni agak penting la melainkan kalau yang jenis terperap dalam rumah tu, boleh guna cara nombor 1.  

3. Bagi ada ruang untuk bersendirian. Bukan 24jam bersendirian, tu orang tak betul namanya. Masa bersendirian atau privacy-time. Sesuai untuk kita muhasabah diri, fikir-fikir apa yang patut nak perbaiki diri. Perfect location - toilet! LOL!


4. Gelak kuat-kuat juga boleh menipu diri supaya rasa lebih gembira. Betul. Cuba gelak dan kau akan rasa diri kau macam komedian. Dan akan terus gelak lagi. Lagi elok kalau ada kawan yang sambung gelak. Mengilai sekali kalau boleh. 

5. Makan! Makan biar gemok. Orang dulu kata 'Perut kenyang, suka hati'. Jadi makanlah banyak-banyak, persetankan diet tu.Kalau yang ada penyakit tu, sila pertimbangkan semula cara ni.

6. Shoping. Beli barang keperluan. Yang tak perlu pun takpa. Boleh je asalkan hati suka dapat barang-barang baru. Biar papa asalkan gembira.

7. Jauhkan diri dari manusia negatif. Mengikut kajian, kalau kita berada di sekeliling orang yang negatif, kita akan turut sama menerima aura negatif yang dikeluarkan oleh mereka ya. Jika aura anda kuat, maka positifkan mereka ya ya.Baik...( baca gaya Dr Fazilah Kamsah).

8. Jangan buat perkara yang terpaksa. Ini tak elok langsung untuk kesihatan mental mahupun fizikal. Tak suka akan jadi benci dan marah. Emosi senang-senang je terganggu.

9. Jangan stres dengan kerja atau pelajaran. Enjoy je lah. Tak suka pun buat-buat suka. Persetankan semua.

10. Kalau semua tak menjadi, tidur je lah banyak-banyak. Lagi senang, apa pun tak fikir.


P/s: okai jom bergembira =) *tips tadi diambil dari blog tak ketahuan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.