Friday, March 15, 2013

Kata Hati



saya tahu apa yang saya mahu dalam dunia ni, kerjaya dan kamu. Tapi saya cuma dapat yang pertama dan bukan kedua. saya tak tahu nak cakap macam mana tapi saya rasa macam nak belah-belah je dada ni hilangkan segala perasaan yang ada. tapi tu semua hanyalah kata-kata.


perhubungan ni tersangatlah singkat dan nilah yang paling singkat. perit dan sedih sebab saya cuba memberi peluang disaat saya tersungkur seketika dan tidak bagi kamu. pengajaran yang ku terima jagalah tingkah laku dan tutur kata. saya membawa diri memberi masa kepada kamu dan juga diriku. saya cuba memperbaiki diriku untuk menjadi yang lebih baik. saya doakan yang terbaik untuk diri kamu dan harap kamu pun begitu. 


akhir kata, terima kasih saya ucapkan untuk segalanya dan sekiranya kita ada jodoh, kita akan bertemu kembali walaupun ku tahu tak mungkin kamu dapat menerima ku lagi...



tabahkan lah hatiku, kukuhkan lah imanku dan kuatkan lah semangatku..kerana itulah yang terindah. amin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.