Friday, May 24, 2013

Makanan Sihat Ketika Period/Haid

Assalamualaikum...


Topik hari ni ialah makanan ketika PERIOD..psss..ini tips untuk para wanita disana :)




Bila kita period, kita akan  kehilangan banyak zat besi  dalam badan dan menyebabkan kita akan mudah rasa penat. Oleh itu, disarankan ketika datang bulan, banyakkan makan makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi. Carta dibawah menunjukkan senarai makanan yang mengandungi zat besi.

Sumber: http://litupkuning.blogspot.com/2010/12/zat-besi.html

Walaupun begitu, terdapat beberapa makanan yang menghalang penyerapan zat besi ke dalam badan. Teh, Kopi dan Susu dan Hasil Tenusu. Minuman-minuman seperti ini perlulah diminum selepas 2 jam waktu makan. 



Kandungan magnesium dalam badan pun berkurangan dan ini menyebabkan kita akan berasa lapar. Keadaan ini akan mengalakkan kita makan mengikut nafsu dan akhirnya, kita pening kepala berat badan naik. 


Secara konklusinya, ketika kita period, banyakkan makan-makanan yang tinggi dengan zat besi untuk menggantikan kandungan darah yang telah keluar. Sangatlah diELAKkan makan jeruk, asam, air bikarbonat dan yang seangkatan dengannya kerana ia akan mengurangkan lagi kandungan zat besi.



P/S: Sayangilah diri anda sebagai seorang wanita kerana wanita itu sangat berharga

Thursday, May 23, 2013

Dear my men..


you will be a great men...
when you find a great women..




and you will find a great women...
when you loved your women...




same goes to you...women...




you will be outstanding women...
when you always by his side...
and make your men the greatest men you ever have.. ♡

Friday, May 17, 2013

Janji dan Harapan Mu

Janji...satu perkataan yang amat berat dan sebaiknya ia perlulah dikotakan.




Harapan...perkataan yang mampu membuatkan orang mencuba untuk tersenyum walaupun di lubuk hati tersimpan perasaan yang gelisah.




Jangan terlalu mudah untuk berjanji kelak akan memakan diri. Janganlah pula memberi harapan palsu andai tahu kamu tidak mampu.




Kamu rasa bersalah dan kamu mahu memujuk. Dengan mudahnya kamu mengungkap kata-kata yang memberi makna kepada si pendengar. Dengan mudah itu juga kamu mendapat kebencian lebih dari sebelumnya.




Wahai kamu disana, hentikan segala kelakuan ini. Tidak mungkin akan dapat lupakan segala yang terjadi. Harapan-harapan palsumu, janji-janji manismu, semuanya dusta. Dan kini ia bagaikan daun kering yang berterbangan; tiada nyawa. Nyawanya kini telah dicabuli oleh sang pengungkap kata seperti kamu.




Sedarlah diri...............sebelum kami tidak lagi dipihak kamu....dan ia untuk selamanya.