Wednesday, January 23, 2013

Obses: Kasut!!!

Saya hanya seorang perempuan yang ada banyak benda yang saya suka. Dan kali nie saya nak bagitau How I Real Crazy On Shoes. You can have any of my clothes but you cant never have my shoes. Yes! saya memang kedekut. *kurik-kurik


This is only part of it. Yang lain sume ada dalam kereta..ngee

I only have 1 boot. I will have more!! Tunggu =)

Heels, pumps, wedges, sandals, boot, flat shoes and  sneakers!!

P/s: Flip-flop a.k.a seliper ada kat luar rumah. Rasanya tak perlu kot nak tunjuk..wee~ Till then. Fafatwink.

A note to remember



**Things will always get better. Have a faith dear**

Si Cantik dan Si Kacak

Hidup adalah satu perjudian. Salah buat taruhan, pulanglah kita berbajukan surat khabar *cam cerita Mat Jenin. Sebelum membuat taruhan, kita akan berfikir panjang atas keputusan yang kita akan pilih. Jalan A, Jalan B. Dua-dua nampak betul dan dua-dua nampak salah. Ataupun senang cerita, tak payah pilih mana-mana. Tapi kita tak akan kemana dan Hidup memang perlu dipertaruhkan. Hmm..bunyi ganas tapi itulah hakikatnya. Kan?


Prinsip yang saya pegang, Hidup itu Satu Putaran. Bak kata Justin Timberlake, What Goes Around Comes Around. Betullah. Buat baik dibalas dengan kebaikkan. Buat jahat dibalas dengan kejahatan. So, buat baik lah kamu dengan semua orang tidak kira cara mereka melayan kamu. Hentikan segala dendaman kesumat yang ada, kutukan dan ketidak puasan hati. Tak elok. Kita akan jadi sama taraf dengan si Jahat itu. Sometimes Silence is a Key to Everything.


Semua orang cantik, semua orang kaya dan semua orang disayangi. Cantik tidak bermakna cantik paras rupa, tapi hati. Kaya tidak bermakna kaya harta tapi kaya dengan budaya dan kesantunan. Sayang tidak bermakna ramai peminat tapi disayangi tuhan. *tuhan adalah kata universal untuk semua agama yang ada dimuka bumi. So, tak perlu cemburu dengan apa yang kita nampak. Kita tak akan tahu apa yang mereka rasa pada diri kita. Hentikan perasaan rendah diri kerana ia tak akan membawa kita ke mana. Tapi bangkitlah dengan perasan yang menghargai diri sendiri. Jika kita menghargai apa yang kita ada, secara tidak langsung orang sekeliling pun akan menghargai setiap apa yang kita ada. Ingatlah, kita tak akan mungkin boleh membaca isi hati orang walau dia merupakan darah daging kita.


+++++++++++++ lihatlah sekeliling+++++++++++++++


Perasan tak, kenapa orang kacak macam Anuar Zain, orang cantik macam Rozita Che Wan tak kahwin-kahwin sampai sekarang? Tapi orang kebiasaan seperti Ayu OIAM dah pun beranak pinak. Pelik bin ajaibkan kalau kita pikir balik. Bukan tak ada yang nak. Kalau buat list peminat yang nak kahwin ngn dorang nie mesti panjang sepanjang Highway kan. *kompem kalah Highway kalau tulis font 100++. Kita orang luar tak akan mengerti jalan yang mereka pilih. Kita hanya nampak keindahan dan bukan nightmare yang mereka rasa. Kalu kita tahu pun, tak akan mungkin sama perasaannya. Ungkap sajalah bahawa kamu mengerti walhal perbuatan memang menunjukkan kamu tak akan mengerti setiap saat nightmare yang mereka rasa melainkan kamu turut mendapat nightmare yang sama. Tul kan? *ayat kadang-kadang ayat dak skola, dak skola pun better but hope korg faham apa yang nak disampaikan..


Realiti:
Orang sekeliling sebenarnya takut nak dekat dengan orang cantik kacak ni. Yelah, ramai peminat. Sekali sebut nama die, sume orang kenal. Kena pulak peminat fanatik yang sanggup culik-culik nie macam lam video klip abang Anuar. *banyaknya sebut nama dia nie, gara-gara mak n k.munmun la yang fanatik abang Anuar..adoi. Scary kan? So, bagi orang kebiasaan nie, kita akan rasa tak berapa nak selamat. Macam saya cakap "kita tak akan rasa selagi kita tidak mempunyai nightmare yang sama". *well, nightmare tu ce tuka dengan situasi, nampak dasyat sangat pulak bunyi die..hee.


Sebab yang lain pulak, orang-orang cantik kacak nie pun akan rasa...tak selamat? berhati-hati? erk..tu kena tanya mereka-mereka yang cantik kacak nie. Tapi yang pastinya, kita sendiri akan rasa ngeri kalau dia rupanya adalah fanatik yang terlalu fanatik dengan kita. Macam orang gila kan. Korang nak rasa ke perasaan  kalau cakap dengan orang lain yang berlainan jantina walaupun setakat client, die punya gila jeles tu sampai ambek pisau nak bunuh client kita. Sape tahan kan.. *sila cepat panggil Ambulan*


So, back to orang kebiasaan, kita akan rasa unsecure dengan perasaan yang kita ada. Kita suka kan dia. Dia yang si cantik dan si kacak tu pun bagi respon yang sama. Memang la ter-blushing jugak kan :p Tapi kita akan tertanya-tanya jugak, adakah dia melayan kita hanya sebagai peminat dia? or memang bermaksud sedemikian? The only way to trust this relationship is by building it to something special that not anyone could have it, Marriage. When you have that, please feel secure if si cantik is your wife, cause she cant and will not marrying to other man selagi you guys are together. But if you are si kacak, well you still have 3 more places to be fill. But dont take it granted. What is the first reason you marrying this girl? Why you still need more? Cant you see, she is pushing her limit just to be perfect when she is with you. She giving her only soul to you and you just buat-buat rabun? baik buta je terus. Tapi, there is still tapi, if you, the man give everything and anything and really showing your best that you really appreciate her, and for some reason you want to have wifes, its okai. Dengan syarat, maintainkan keadilan anda sebagai seorang lelaki.


Then, for those yang sama-sama cantik dan sama-sama kacak. Feeling unsecure tu kuranglah sikit sebab masing-masing ada kekuatan sendiri. Cuma ada satu yang kita kena jaga, hati dan perasaan. Sebab masing-masing ada peminat sendiri, so mereka berdua ni senang skit lah nak jeles.



**sebab tulah kadang-kadang orang cantik kacak nie tak kahwin-kahwin. Bukan tak nak tapi hanya segelintir yang sanggup. dan sebab itulah jugak, korang tak payahlah nak jeles-jeles dengan orang cantik kacak nie..sebab mereka sebenarnya memandang korang tinggi. dan semestinya korang tak akan perasan sebab korang asik perhatikan dorang je =)

Tuesday, January 22, 2013

Budak Gemok Sudah Kembali

Sengalnya dak ofis. Nama gelaran: Budak Gemok.

Whatever it is, hari ni budak gemok nie rasa gilak lapar.

Kul 1030, turun la kat kafe B1 nie and terhidang satu lauk panas; Sayur Betik Masak Lemak!!! Gilak teringin. Sedaaappppnyye!!!!!!!


Si gemuk da abes makan. Muka ceria.. perut sudah kenyang muncit :)


Friday, January 11, 2013

Helloooo Terengganu :)

Pewit! Terengganu owh Terengganu. Makin lama dah boleh tawuh da tempat mana best nak lepak. Kali nie teman kak Mun si muntel p ambik kete. Kite pun ade urusan jap. maybe last urusan kat ganu nie. Amin! penatla nak ulang alik ganu. Keje pun nak patah sini..owh..tak apa asalkan dapat jugak bejalan.seronok tu!!

So, our plan is kul 11 kua makan. Kul 12 terus chaw. Bye-bye Subang.. tapi yolah..plan..tak semestinya dapat ikut as plan. Rini betolak pas solat Jumaat. Haha..berapi cakap da abes solat jumaat ktorang pn da kua KL.choi. Cerita best dalam kereta. Masuk kereta terus co-pilot tidow cam hape je. Ngantok taw! pekena nasi lemak tengahari tadi. Memang masyuk la kan. :)

Beg budak sekolah..haha

Sampai kat Kuantan, ktorang p lawat member kat hospital Kuantan. *erk..nama hospital tu tak berapa nak ingatla. Tapi bukan sal pesakit yang nak diceritakan. Nak cerita sal hospital die sebelah sungai la. Cumel je. Tekena tempias tiupan angin bayu *acece pandai eyh mengayat* memang aman gyle. Seronok la. Rasa tenang.

View dari tingkat 7. *Nampak tak sungai die :D


2145. Selamat sampai kat homestay Batu Besi! yeay!! time tuk tidow guys..nyte2 luw okai. c ya. till next time. fafa. 

Thursday, January 10, 2013

Kick-Off Heitech 2013

Korang perasan tak, bila korang baru je besemangat nak siapkan kerja korang mesti ada je halangan yang timbul. tetiba ada meting la, emergency case la..dugaan kan. Petang nie tetiba lak kena p Kick-Off kat Hotel Summit. Ingat tak payah pergi. Cis! Wajib. Anyway..nie la kerja kita orang kat lam dewan.


Ibu Mun-Mun :)

MakCik Bell-Bell :P

Dari kiri: Budak hitam, makcik pink, kak nana, kak gee

Dari kiri: Ibu tembam, makcik beyla, kak nana, kak gee

Tu baru intro, nie baru hasil lukisan ktorang yang tengah lam kebosanan.. 3..........2.............1..........WATCH!hee

Makcik beyla lukis..rama-rama n rose..romantik upenye makcik ni..heheh :P

Picnic. Nukilan Ibu Mun

Bukit, sungai dan sawah padi. By Ibu Mun
Kick-Off Event::

Our 2013 Planner Cover Design

Department ktorang dapat award!! yeay  :)

Till next time. *toodles*

Wednesday, January 9, 2013

Selamat Pagi Cinta

Perempuan. Bangun awal. Sampainya tetap lambat. *tu pun nak bagi tau ke? =,='!

Anyway, orang yang ada kerja banyak tapi sempat lagi hapdet menda alah nie a.k.a diary yang tak berapa nak diary, rasa nak nangkap gambar perasan sendiri.heh.. wth.


4 Tv Series That Will Make Laugh Out Loud

My last post ada mention tengok something yang lawak. And here are my favorite tak kira dimana dan bila mesti kita akan tergelak terbahak bila tengok. You should try too. Best!



1- The Nanny


Siapa masih ingat cerita nie? Perempuan suara katun nie kelakar but cute. Her name dalam watak ni is Fran Fine. Cerita ni da lama tahun 1993. Ms. Fran dapat kerja as The Nanny bila die dipecat dari kedai tunang die who she was once a bridal consultant. (If any information salah minta ampun. Memori zaman budak-budak ni). Perwatakan Ms.Fran yang caring and always have positive thought tula yang menarik perhatian untuk ditonton.



2- Hot in Cleveland


Now, cerita ni agak baru. 2010. Cerita sitkom nie mengisahkan 3 orang wanita LA dalam perjalanan ke tempat percutian when suddenly ada emergency yang menyebabkan flight dorang terpaksa mendarat kecemasan di Cleveland. Kehidupan dekat Cleveland yang lebih tenang dan menyenangi kehadiran dorang nie la buatkan dorang terus nak menetap kat sini. From NOBODY kat LA to SOMEBODY kat Cleveland. No wonder la dorang terus nak pindahkan.

Cerita nie best sebab Betty si penjaga rumah yang tua ni ada je benda nak bahan budak-budak LA tuh. Yolah, dorang tu kadang-kadang jakun cam hape. Another part yang best is dorang try to keep maintain to be and look young sebab nak cari pasangan hidup dorang. Umur, berat is something they've been hiding it all the times. Dorang sendiri tak sure umur dorang yang betul berapa. Pelikkan tapi bagus gak. hee. Umur hanya sekadar angka. wee~



3- How I Met Your Mother


2005. Sekarang ntah dah berapa series. Cerita nie lak menceritakan laki yang kat sofa nie, Ted cerita la setiap perjalanan die dan kawan-kawan dia sebelum jumpa perempuan yang dicari-cari. Lily and Marshall is pasangan yang dah kahwin and then tinggal la Robin si pembaca berita, Barney si lelaki yang sukakan cabaran walaupun kadang-kadang cabaran tuh mengarut. *bila kalah, kecewa tahap gaban. =,='!!



4- Up All Night


Latest. 2012. Cerita nie lak ialah cerita kehidupan realiti sebenar nak membesarkan seorang anak. Owh, anak die tersangatlah comel. Dari baby sampailah die boleh berjalan, semuanya dirakam dan dijadikan satu cerita. What i do like about this story is, most cerita bila bab kahwin sumenye nak yang indah je. Cam angan-angan mat jenin je. But this story is so light. Cerita camna die spice up the relationship, camna seorang ibu risau gila bila anak die da pandai berjalan-overprotective. Everything about real life is here. So for those yang masih budak-budak cam I la nie kan, bila tengok cerita nie kita akan wake up a little that in life there will be up and down. So we have to know the right key to manage everything in order. 

Not to forget, because is so light and relaxing, it gives its own sense of humor. I do laugh!

Tuesday, January 8, 2013

3 Ways Transferring Your Negative Mood to Positive!

Ok hari ni tiba-tiba mood pelik. Chill dear :) *senyum selalu baru nampak muda*

Biasalah kan, mood happy, marah, sedih and everything. It will change depends on the environment and mind. Fikiran itu yang penting. It will control all of our behavior, body and surrounding. Mak selalu cakap, "jangan masam-masam nanti muka cepat tua!."


Cara yang terbaik is salurkan segala kemarahan yang kita ada dan jadikan ia satu benda yang positif. Kalau tengok kat tb, cerita-cerita orang geris suka dok boxing. Hey, seronok tu!. Bayangkan puching bag tu as benda yang kita marahkan. Your ex, your boss, your partner, your pet..*marahkan pet sampai camtu sekali?lek..pet tak ada akal so chill dear :). Orang-orang yang buatkan our day become miserable-dark should tumbuk je sampai mampos! sesuke hati je buat our own precious day camtu. Haha..tapi tumbuk kat puching beg je taw. Jangan buat kat orang. Tak pasal-pasal jadi famous kat depan muka surat khabar: Jenayah paling berbahaya pada abad ini.

Im full of muscles and i want to punch you!!!

Next, salurkan mood negatif dengan buat benda yang kita suka. Dulu, masa zaman sekolah-SPM, bila rasa tension dok ngadap buku sampai tepu, saya pun p turun bawah, MASAK!!! Masak la ikot suka. Pulak tu duduk rumah sengsorang. Kalau tak sedap pun, kita sorang je yang ngadap. Tapi, nak wat ala-ala chef nie kena pastikan kat rumah mesti ada makanan tau. Lau bukak peti kosong je, potong mood.grr! Tak pun, p wat keje rumah. Another thing yang saya suka is MENARI! gila suka menari. Lantakla menari macam anak gajah ke hape ke, yang penting kita rasa diri kita menari sama taraf dengan great dancer. Jadi dance partner tuk aaron aziz ke..Fuhh!!Sape tahu kan.. :)

Saya kipas awak!! Terimalah saya (im your fan!! Please accept me)

The other cara is what ive been using lot of time sekarang. Bila kita berada dekat tempat khalayak ramai, tak kan masa tu jugak nak p cari orang volunteer jadi punching bag xpun menari kat tengah-tengah orang buat kerja. OF COURSE orang akan panggil ambulans. GILAK! So what i did and memang worth to try, meng-happykan diri anda sendiri dengan tengok Youtube video lawak ke, cerita mengarut yang boleh gelak terbahak, tak pun tengok gambar yang sedikit sebanyak buat diri tersenyum. Saya tak ada Facebook, Twitter or any laman sosial. All i hava is Blog, Instagram. 2 Benda nie sudah cukop. Blog untuk luahkan perasaan and Instagram untuk berkongsi pictures yang comel loteh yang tiap gambar ada kisah tersendiri. Follow all fun tags and keep update with it. 

(: Jadilah comel macam arnab nie :)


Bila Seronok, Hidup pun Ceria. Dan Bila Ceria, Kita akan nampak Muda!! 


New Year's Eve Celebration. (advanced celebration)

Selamat Tahun Baru walaupun da beberapa hari telanjak..biarlah..New Year punya bahang still belum reda. so rasanya still acceptable. And for those yang masih dan pernah menjiwai zaman remaja nie, mestilah rasa cam nak celebrate gak kan. Ala..just jalan-jalan tak tahu jalan pun boleh. *Bosan okai duduk rumah.*

Untuk yang begelar wanita, paling-paling pun pergi shopping mall untuk SHOPPPPIIINNNGGGG!!! Sale kan..pewit! *Ka-Ching pun banyak lah berterbangan. It's ok. Duit boleh cari. Yang penting kita bahagia (Ada kaitan ke??). Anyway shopping pun shopping gak tapi beragak jugakla. Ada banyak lagi sale menanti. Sekaarang, saya tengah tunggu sale untuk Tahun Baru Cina. *Baru tadi nampak long red dress suits for dinner. Serius gorgeous! The red color tu menggoda..aww!!

 Well, that is just mukadimah je. This is the real story to be tell. This year's celebration we are enjoying ourselves dekat ICT, Shah Alam. Yes, i know. Dah lama menetap Selangor baru nak pergi? Hambar gila.haha. pernah dengar tak orang cakap "Benda depan mata tak nampak. Nak cari yang jauh jugak." So sama lah kes nie. ICT depan mata tak pernah nak pergi pun. pffftt!. 29-31 Dec 2012, ICT buat..ermm..does it called promotion?or discount? I mean parking free, some of the games pun free like Tricky Museum Art. Jimat duit ooo.. Wajib pergi then. Here are parts of the pictures. Next post will be all the pictures that we like.

Tuesday, January 1, 2013

Makan @ Double Tree [Sambungan...]

Ini cerita sambungan Double Tree..dan kali ni topik mengenai MAKANAN!! acece *ko pasal makanan memang cepatkan..*

Well guys, jumpa client wat workshop bagai-bagai nie as pekerja yang hanya menjalankan tugas yang kecik memang seronok sebab makanan gah ko Jah. Sape tak nak ikot. Kena pulak bos memang suruh sume orang p sana. Memang aq nie kejenye dok melantak la. Free kan =D

So, here the pics..enjoy watching!!

This is @ Bali Section.

Yang ni pulak part of masakan Cina. Sup tu..sangat super DELI!!

Here is masakan India.

Steak :) Rempah die sedap!! Seriously kalau kenyang pun leyh telan lagi.

And last..Dessert :)

Sugar sachet. Eyh perasan tak satay kat belakang tu? satay die pn boleh tahan.

Here the picture of us!! erk..me is exception. Jadi tukang photograpi jap..hew3

That's all guys. Thanx for watching. Saya bab sal makan-makan nie memang sedap je manjang..haha. Ignore me. Till next time. Chao~